Saturday, 22 June 2013

Renungan Untuk Umat Islam. Hanya Nasihat...


    Kadang-kadang kalau kita stress, ada masalah, atau buntu. Kita msti trpikir cmna nk tenangkan diri. Ada yang pergi karaokela,dangdutla,clubbingla. Memang masalah hilang. Tapi sekejap je. Lepas tu datang balik. Kalau nak sangat cari ketenangan. Xperlu nk cakap kt fb or twitter. Just cakap kt Allah. Allah dengar apa yang kita cakap,fikir dan buat.
Saya cuma nak nasihat. Kepada yang ikhlas nk dengar Alhmdulillah dan Kepada yg panas telinga tu mohon maaf.


Ikan keli ikan kelah,                                                           Ada karung ada guni,
Guna umpan buah pinang,                                                 Untuk simpan benda berduri,
Semua orang ada masalah,                                                Kita belari sana sini
Tak semua rasa tenang.                                                     Mencari ketenangan berdasar naluri.

Ada tukul ada pahat,                                                         Ada lemah ada kuat
Ada talam dua muka,                                                        Ramai orang sihat-sihat
Ikut syaitan jadi jahat,                                                       Fikir dulu sebelum buat,
Gerenti masuk neraka.                                                      Ingat! Allah Maha Melihat.

Bila gertak rasa goyah,                                                     Pegi masjid naik skuter,
Dekat rumah ada Koala,                                                   Jalan kaki lelah terasa,
Tak perlu rasa susah,                                                        Jangan ngadu kt Fb dan Twitter,
Tadah tangan dan berdoa .                                                Mengadu pada Allah yang Esa.

Hidup jangan berpura- pura,                                             Dari kampong hingga pekan,
Kalau nak hidup lama,                                                      Guna Ilmu untuk beramal,
Memang ada banyak cara,                                                 Renung-renungkan, 
Jangan terpesong dari Agama.                                          Dan selamat beramal.  


   Kebanyakan manusia lupa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan. Masa senang lupa Allah, masa susah sampai merangkak nk cari Allah. Ada yang kata ‘kubur masing-masing’ tapi ingat... bukan kita yang uruskan diri sendiri bila jumpa yang Maha Esa. Belum terlambat untuk bertaubat. Jangan menyesal dalam kubur
. “Nasi dah jadi bubur.’
Assalamualaikum...

Wednesday, 8 May 2013

FOLIO SEJARAH TINGKATAN 3 2013 EKONOMI TRADISIONAL



ELEMEN 1


   
    MELAWAT TEMPAT KAJIAN





















 

    BUKU ILMIAH








   INTERNET


























ORANG     
       SUMBER





Nama   : Puan ______ Binti ______
Umur   : __ tahun
Alamat : 




         Pada 5 Mei 2013 yang lalu saya telah pergi ke rumah ________ untuk mendapatkan maklumat. Saya juga telah menemu bual _________ bagi mendapatkan beberapa informasi. Temu bual itu adalah seperti berikut:

Saya                :   Assalamualaikum ________. Apa khabar?
___________ :    Waalaikumussalam. Alhmdulillah saya sihat.
Saya                :   Kalau tidak keberatan, saya ingin menemu bual ________ mengenai
                           pertukangan jahit ini bagi menyiapkan kerja Kursus Sejarah saya. Boleh?

___________ :   Apa salahnya, In Sha Allah saya akan membantu apa yang termampu.
Saya                :  Saya mulakan sekarang ya? Terima kasih kerana sudi ditemu bual.
___________  Sama-sama baiklah, awak boleh mulakan sekarang.
Saya                : Boleh ________ ceritakan mengenai latar belakang Puan Jamilah? Seperti
                          nama penuh,umur,tempat lahir dan tempat belajar Puan.
__________ :  Baiklah, ________________________________________________
Saya                : Boleh saya tahu lokasi ____________ untuk menjahit dan apakah peralatan  
                          yang ___________ guna untuk menjahit?
____________ :  Saya menjahit di rumah saya dan kebanyakan peralatan yang saya guna
                          semasa menjahit ialah mesin jahit,gunting,jarum,benag dan pita pengukur.
Saya               :  Begitu rupanya lokasi dan peralatan yang sering digunakan oleh _______   
                           . Boleh saya tahu apa tujuan _____ untuk menjahit?
____________ :  Saya menjahit untuk menambah pendapatan keluarga dan membantu suami
                          saya untuk menyara keluarga.
Saya               :  Sungguh murni niat _________ itu. Boleh saya tahu produk yang _________  
                           hasilkan dan susah tidak menjahit ini?
___________:  Terima kasih atas pujian anda. Antara produk yang saya hasilkan adalah
                          sarung kusyen,baju kurung moden dan baju melayu.
Saya               :  Baiklah, terima kasih kerana Puan telah memberikan kerjasama dalam temu
                          bual ini.
___________ :  Sama-sama. Jika ada masa, datanglah ke sini lagi.
Saya                : In Sha Allah, saya datang. Selamat tinggal. 

              Setelah temu bual itu, saya terus pulang ke rumah bagi menyusun semula maklumat yang saya dapat daripada ________.










  ELEMEN 2



        
        Produk   
       Tempatan
       Di Negara
           Kita
           

                  ISI KANDUNGAN

PERKARA
MUKA SURAT

PENGHARGAAN


PENDAHULUAN


OBJEKTIF KAJIAN


KAWASAN KAJIAN


KAEDAH KAJIAN


DAPATAN KAJIAN


RUMUSAN


LAMPIRAN


RUJUKAN






                         PENGHARGAAN
         Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

       Saya Amir Bin Hamidon ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih  dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Puan Hajjah Zaiton Binti Ismail kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Sejarah dengan jayanya.

       Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Zaiha Binti Abdul Aziz iaitu guru sejarah saya kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
      
        Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Hamidon Bin Amran dan bonda Jamilah Binti Hassan yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
  
        Tidak lupa juga kepada rakan saya iaitu Nurul Ameera Binti Jamaludin yang telah menyumbang serba sedikit maklumat yang diperlukan untuk kerja kursus ini.

         Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang sumber yang saya telah menemu bual kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan yang telah saya sediakan.





                     OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kerja kursus ini, saya berharap akan dapat :
1. Mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai tukang jahit.
2. Memahami dan mengetahui cara-cara menukang jahit.
3. Mendapat pengalaman menukang jahit










                           KAEDAH KAJIAN
Kajian saya merangkumi kaedah-kaedah berikut
a)    Penyelidikan
Saya telah merujuk majalah dan buku ilmiah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang latar belakang syarikat.
b)    Melayari Internet
Saya telah melayari internet untuk mencari maklumar tentang jahitan.
c)     Melawat Tempat Kajian
Saya telah melawat tempat kajian di Impian Murni.
d)    Temu ramah
Saya telah menemu ramah Puan Jamilah binti Hassan di rumahnya.
e)     Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu Puan Zaiha Binti Abdul Aziz
.





                         HASIL KAJIAN

1. Maklumat Asas
Nama/jenis kegiatan ekonomi
            Nama kegiatan ekonomi yang saya telah kaji ialah pertukangan menjahit. Saya mengkaji kegiatan ekonomi tersebut di rumah _________________ yang di alamat _________________________________________
            Saya memilih untuk mengkaji kegiatan ekonomi ini kerana lokasinya berada di rumah saya. ____________ telah menjawab temu bual dengan ramahnya.








Sejerah/ Asal Usul Kegiatan Ekonomi.
            _____________ sangat minat akan menjahit sejak dari kecil. Ibu beliau merupakan pendorong ________ untuk bermula menjahit. Sejak kecil lagi,cikgunya telah mengajar sedikit demi sedikit tentang cara-cara untuk menjahit atas permintaan ___________ sendiri.
            Pada mulanya, ______________ menjalankan kegiatan ekonomi menjahit sebagai satu  hobi. Lama-kelamaan, ____________ menjalankan kegiatan ekonomi ini sebagai satu pekerjaan yang tetap. Beliau sangat berpuas hati dengan pekerjaan beliau sekarang ini.
Lokasi/tempat Kajian
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kegiatan ekonomi yang saya telah kaji berlokasi di __________________________. Bilangan penduduk di kawasan perumahan ini ialah sebanyak 300 ratus orang. Ada yang berkerja dan ada yang merupakan suri rumah. Penduduk-penduduk di sini saling mengenali antara satu sama lain. Ini menyenangkan penduduk untuk menempah baju kurung kepada __________
Pihak yang mengusahakan
             Pihak yang mengusahakan kegiatan ekonomi ini ialah __________ sendiri. ________ menjalankan kegiatan ekonomi menjahit ini secara kecil-kecilan. Kadang-kadang dua orang anak lelakinya membantu beliau seperti mengukur baju dan menjahit cangkuk pada pakaian untuk memudahkan kerja beliau.
            Kadang-kadang pula, beliau menyuruh anak-anaknya menolong beliau untuk membeli alatan-alatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjahit. Jika suami beliau mempunyai masa lapang, suami beliau akan tolong beliau dengna mengira kos-kos jahitan.
2. Latar Belakang
Tujuan dijalankan
Tujuan __________ menjalankan kegiatan ekonomi ini adalah untuk menambah pendapatan suaminya yang berkerja sebagai Pengurus Beliau melakukan begitu untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.  Beliau juga menjahit untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan perumahan ini.













Peralatan/Kaedah yang Digunakan
            Antara peralatan yang diperlukan untuk menjahit ialah mesin jahit, pita pengukur, sesiku L dan pembaris lengkung, gunting, kapur tukang jahit, jarum, benang dan penebuk lubang tangan. Terdapat dua jenis mesin jahit yang diperlukan iaitu mesin jahit biasa dan mesin jahit tepi. Puan Jamilah menggunakan pelbagai jenis jarum seperti jarum peniti, jarum dan lain-lain.
            Beliau menggunakan mesin jahit tepi untuk membuat jahitan tepi pada kain sebelum dijahit supaya ia kelihatan kemas. Pita pengukur adalah untuk mengambil ukuran badan dan memindahkan ukuran pada kain. Sesiku L amat diperlukan apabila hendak melakukan garisan bersudut tepat dan pembaris lengkung adalah untuk garisan leher dan lubang tangan.
            Gunting yang beliau digunakan bersaiz besar dan tajam. Ini sangat sesuai untuk digunakan pada kain. Tujuan jarum peniti diguanakan adalah untuk menahan fabrik daripada beralih.
   
IMG_0976.jpg

Produk yang dihasilkan
            Selain menjahit baju kurung, __________ juga berkebolehan untuk menjahit sarung kusyen dan langsir. Produk tersebut hanya merupakan produk sampingan dan bukan produk utama. Tujuan produk tersebut dihasilkan adalah untuk menambah pendapatan beliau. Kadang-kadang beliau juga menghasilkan pelamin untuk pengantin. (sila rujuk lampiran)














3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
Status keluarga
___________ berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Beliau mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kedua-dua anak lelakinya masih bersekolah.


Sumber pendapatan
            ____________ menolong suaminya untuk mencari rezeki keluarga dengan menjahit. Ini dapat menambah pendapatan suaminya. Beliau juga menjahit sarung kusyen, langsir dan pelamin yang ditempah untuk pengantin sebagai pendapatan sampingan.
            Kadang-kadang _______ dan keluarga mempunyai masalah kewangan untuk membayar bil rumah dan sebagainya. Beliau menjahit untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Penerusan tradisi keluarga
            Seperti yang dinyatakan di atas, ________ belajar menjahit daripada gurunya. Setiap anak perempuan di kampung ____________ harus belajar menjahit. Beliau berminat untuk menjahit sejak dari kecil lagi. Beliau juga mengharap agar anak-anaknya mewarisi bakat ibunya.

Memenuhi permintaan
            Penduduk-penduduk di kawasan perumahan ini banyak bekerja dan sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk menjahit. Kebanyakan antara mereka tidak mahir untuk menjahit. Mereka akan menghantar ke kedai yang jauh untuk menjahit baju.
            Maka, khidmat pertukangan menjahit amat diperlukan di kawasan perumahan ini sangat diperlukan. _____________ mengambil keputusan menjahit untuk memenuhi permintaan jiran-jirannya.











4. Prospek
Cabaran/kekangan yang dihadapi
            Semua perkara yang kita lakukan ada risikonya. Termasuklah kegiatan pertukangan menjahit. ________ menerima pelbagai cabaran dan kekangan ketika menjahit. Antara cabaran yang dihadapinya ialah apabila pelanggan-pelanggannya cerewet akan jahitannya. Ada yang tidak berpuas hati dan meminta ___________ untuk menjahit baju mereka sekali lagi.
            Di samping itu._________ kadang-kadang terlalu sibuk dengan urusan rumahnya dan menguruskan anak-anaknya menghantar ke sekolah. Ini meyebabkan beliau kesuntukan masa untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya. Kadang-kadang, permintaan pelanggan untuk menempah jahitan sangat tinggi dan ia juga menyebabkan beliau kesuntukan masa.
            Tetapi, ____________ tidak berputus asa untuk menempuhi pelbagai cabaran dan kekurangan yang dihadapinya. Beliau akan berusaha keras untuk mengatasi pelbagai masalah.






Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta
            Walaupun _________ menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan, beliau mendapat galakan daripada jiran-jirannya untuk meneruskan kegiatan ekonomi menjahit. Beliau mempunyai ‘pelanggan tetap’ sebagai galakan untuk meneruskan kegiatan ini.
            Ibu, suami dan anak-anak _________ juga memberi galakan kepada beliau untuk terus menjalankan kegiatan ekonomi menjahit.
Reaksi/Penerimaan Masyarakat
            Penduduk di Impian Murni dan juga di tempat-tempat lain di Kuchai Lama, Kuala Lumpur menyambut baik terhadap __________ yang berkerja sebagai tukang jahit. Penerimaan masyarakat terhadap beliau adalah positif.
            Sebagai bukti, __________ menerima banyak tempahan daripada jiran-jirannya untuk menjahit baju kurung, langsir dan sarung kusyen. Ini menunjukkan permintaan untuk menjahit adalah sangat tinggi dan hasil beliau sungguh lumayan.

Saranan dan Harapan
           __________ berharap agar dapat menjana pendapatan dan dapat menolong masyarakat setempat dengan memenuhi permintaan mereka. Beliau juga berharap agar anak-anak zaman sekarang untuk mahir dalam jahitan supaya pendapatan negara kita terus meningkat.  


                      RUMUSAN
       
           Setelah menjalankan kajian ini,saya mendapati bahawa syarikat ini mempunyai semangat untuk terus mengorak langkah dan menjadi antara syarikat yang terbaik di Malaysia malah di dunia. Saya juga mendapati bahawa setiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan tidak memikirkan soal harta dalam perniagaan. Saya juga mempelajari yang kejayaan itu tidak akan datang tanpa mengalami kegagalan . Di samping itu, kita perlu mempunyai perancangan untuk membawa sesuatu produk lebih tinggi dan menjadi popular di kalangan masyarakat. Akhir sekali, pelanggan memainkan peranan yang penting bagi menaikkan nama sesebuah syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.













 






 LAMPIRAN


IMG_0955.jpgIMG_0959.jpgIMG_0960.jpg













                             RUJUKAN


1
Internet




Wikipedia
Google
2
BUKU TEKS : .
Buku Teks Tingkatan 1:
Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim, Tuslah Binti Abdan, 2003, Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Selangor, Cerdik Publications Sdn. Bhd.


3
Orang Sumber-
1) _______________
________________________________________
























                                          ELEMEN 3


      

  BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah Slogan Tersebut Dapat Menyuburkan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Rakyat Di Negara Kita


Slogan ‘Belilah barangan buatan Malaysia’ yang dilaungkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli barangan ataupun produk yang dihasilkan di negara kita. Sudah sampai masanya bagi kita sebagai masyarakat Malaysia tidak mrngagung-agungkan barangan buatan negara luar. Kita perlu membeli barangan buatan Malaysia kerana barangan keluaran tempatan ini kini sudah mencapai piawai antarabangsa yang setanding dengan barangan buatan luar negara. Malahan, barangan buatann tempatan kini lebih berkualiti dan lebih terjamin daripada barangan buatan luar negara.
Jika kita membeli barangan buatan Malaysia, Kita akan rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana hasil keluaran negara kita sendiri amat bermutu dan setanding dengan barangan luar negara. Contohnya, negara kita telah mampu menghasilkan dan mengeluarkan kereta buatan tempatan iaitu Proton,Naza,Perodua dan lain-lain lagi. Sebagai rakyat Malaysia, Kita seharusnya berbangga dengan sejarah kewujudan kereta pertama negara.
Unsur patriotik yang seharusnya diterapkan dalam diri kita ialah bersemangat setia negara. Unsur patriotik ini akan tertanam dalam jiwa rakyat apabila rakyat cinta akan bangsa dan negara dengan membeli dan menggunakan barangan buatan tempatan.
Selain itu, bersemangat kekitaan adalah unsur patriotic yang dapat menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia. Apabila kita membeli baranganatau hasil keluaran produk tempatan, secara tidak langsungnya kita telah bekerjasama dan tolong menolong dengan memajukan negara dan seterusnya menjana ekonomi negara.
Tindakan kita sebagai rakyat Malaysia dengan membeli produk hasil keluaran negara Malaysia adalah satu tindakan wajar dan ini merupakan salah satu unsur berdisiplin yang dapat dipupuk dalam jiwa rakyat.
Seterusnya, semangat berusaha produktiviti juga akan dapat dilahirkan terutama kepada pengusaha-pengusaha tempatan apabila kita selaku pengguna membeli produk hasil keluaran mereka seterusnya permintaan kepada barangan tempatan akan semakin meningkat selain daripada itu, dasar ekonomi negara juga akan bertambah maju.
Oleh yang demikian, kita sebagau masyarakat jati Malaysia haruslah menyokong usaha murni kerajaan ini dengan menyokong kempen ‘membeli barangan produk hasil keluaran tempatan’. Kita juga haruslah berbangga kerana barangan buatan Malaysia kini sudah setanding dengan barangan luar negara malahan ianya lebih baik dab diiktiraf di peringkat antarabangsa.