Wednesday 27 March 2013

Folio Geografi Tingkatan 3 2013 Pengangkutan Awam Di Saujana Impian


         SENARAI KANDUNGAN
Bil
Isi Kandungan
Mukasurat
1.0
Penghargaan

2.0
Pendahuluan

3.0
Objektif kajian

4.0
Kawasan Kajian

5.0
Kaedah Kajian
a)      Kaedah Pemerhatian
b)     Kaedah Temubual
c)      Kaedah Rujukan

6.0
Dapatan kajian

7.0
Rumusan

8.0
Lampiran

9.0
Rujukan


















                       1.0 PENGHARGAAN
     

        
        Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

       Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Puan Hajjah Zaiton Binti Ismail kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.
     
        Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Noorliza Abdul Karim iaitu guru geografi  kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
       
        Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Hamidon Bin Amran dan bonda Jamilah Binti Hassan yang
turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.







                                       2.0 PENDAHULUAN   


•    Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Saujana Impian,Kajang,Selangor.

•    Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian:
          Saya memilih Saujana Impian sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang  juga merupakan tempat tinggal saya.
•    Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan
      Mei














                       3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

a)     Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian  saya iaitu Saujana Impian,Kajang, Selangor.

b)     Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

c)      Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

d)     Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

e)      Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian

         Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina.














                   KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah , Saujana Impian , Kajang , Selangor . Kawasan ini dibawah pentadbiran MPKJ . Dimajukan oleh Syarikat Negara Properties SDN BHD. Kawasan ini terletak di tengah-tengah kawasan yang begitu pesat dengan pembangunan.
Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai , taman perumahan , sekolah dan banyak lagi . Kawasan ini berada di kawasan tanah pamah dan beralun . Asal tapak perumahan ini adalah ladang getah yang dikenali sebagai Breamer Estate. Kini , Saujana Impian telah menjadi taman perumahan yang moden dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
Taman Saujana Impian terbahagi kepada beberapa sektor iaitu
·         Impian Jaya ( Fasa 1 (Teres Dua Tingkat) & Fasa 2 (semi D))
·         Impian Gemilang ( Fasa 3A (semi D) & Fasa 3B (teres Dua tingkat))
·         Impian Indah (Fasa 4 (teres Dua tingkat))
·         Impian Murni (Fasa 5 (teres Dua tingkat))
·         Impian Kasih (Fasa 5 (teres Dua tingkat))
·         Impian Setia (Fasa 5 (teres Dua tingkat))
·         Rumah kedai 3 tingkat
·         Impian Makmur (Fasa 7 ( Apartment kos rendah)
·         Impian Sejati (Fasa 5 (teres Dua tingkat))

Jaringan Jalan Raya
Apa yang menarik tentang Saujana Impian ini adalah jaringan lebuhrayanya yang serba lengkap menghubungkan penduduknya ke semua destinasi di Malaysia dengan mudah dan Efisyen. Penduduk di Saujana Impian mempunyai pilihan Lebuhraya berikut;
PLUS Highway
·         Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
·         Lebuhraya KESAS
·         Grand SAGA
·         Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
·         KASEH - Kajang Seremban Highway yang dalam pembinaan
Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Saujana Impian bersebelahan dengan Padang Golf Impian Golf & Country Club turut menambahkan lagi glamournya kawasan ini. Selain Padang permainan Golfnya yang besar dan antara yang terbaik di Malaysia, reka bentuknya juga menjadi daya penarik. Terdapat 18 buah lubang kesemuanya (Par 72)termasuk Saujana Impian Driving Range bersebelahan dengan Impian Gemilang. Padang Golf ini telah direka bentuk oleh Ross C. Watson & Tze To Kok Yia

Pendidikan
Terdapat dua sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah kebangsaan di kawasan Saujana Impian, iaitu :
Beberapa tadika yang ternama dan glamour juga terdapat di kawasan ini, iaitu Smart Reader Kids (03 8737 7757)yang merupakan pemegang Superbrands dan mempunyai certifikasi ISO, Q Dees dan Smart Learn.

Kemudahan
Terdapat tiga buah surau di Saujana Impian, iaitu:
Surau Saujana Impian. Terletak bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, surau ini juga turut menjalankan sembahyang Jumaat pada setiap minggu. Terdapat pendapat yang menyatakn surau merupakan antara surau tercantik di Daerah Ulu Langat dan setanding masjid-masjid di Kajang.
Surau Impian Gemilang di kawasan Impian Gemilang.
Surau di Apartment Impian Makmur
Bandar Terdekat Di Saujana Impian
Bandar terdekat di Saujana Impian ialah Kajang . Di Kajang , terdapat banyak pusat membeli-belah , seperti Metro Kajang Plaza dan Metro Point . Kebiasaanya , penduduk Saujana Impian akan ke Kajang untuk membeli barang-barang keperluan . Contohnya , pada musim tahun baru , ibu bapa akan ke Ali Store untuk membeli baju sekolah dan akan ke cziplee untuk membeli buku rujukan anak-anak mereka . Di Kajang juga , terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual pakaian , alat telekomunikasi , barang perhiasan dan pelbagai lagi .

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :
a)      Pemerhatian : Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.

b)      Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan   seperti maklumat jaringan sistem pengangkutan di Saujana Impian, data-data
dan pelbagai maklumat yang lain.
c)      Buku teks: Buku Teks Tingkatan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-

a)      Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Saujana Impian .

b)     Kaedah Temu Bual
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai ,  orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

c)  Kaedah Rujukan
Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, dan rujukan peta di perpustakaan . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Merujuk dan mencari maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.
DAPATAN KAJIAN
                     
8.1            KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtwEAHAqRBKgwdeIy24kzvZKcciNEAeCCLOI3F6qY6TeJichRif9m1SYi1eBJCqewa5rRU4OgkwPUlbmjht4T_K9lLsa_xYaE83ZYSIOGvsNkegI_Z1biGMrZP3hxeR9_PEvQmYMKweEe0/s320/P1030830.JPG

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit) .
Contoh pengangkutan awam ialah , KTM Komuter , Teksi dan  Bas Rapid KL .






8.2 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya  ,  terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu :
1)      Bas Rapid KL : Kekerapan  bas ini , setiap 10 minit . Masa perkhidmatan beroperasi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam . Jalan-jalan utama yang dilalui di hadapan Tesco , Kajang . Tambang perjalanan mengikut jarak jauh . Kebiasaanya , RM 1.00 sahaja .

2)      Bas/van sekolah :  Bas/van sekolah ini bewarna oren . Pemandu biasanya , mengangkut seramai 20 orang jika membawa van manakala 30 orang jika membawa bas sekolah . Bas/van sekolah ini memudahkan ibu bapa pelajar yang bekerja dan menjamin keselamatan para pelajar .

3)      Teksi : Teksi merupakan pengangkutan awam penduduk saujana Impian yang tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah. Pada kebiasaanya penduduk saujana impian akan menghubungi pusat hentian teksi di kajang untuk mengambil mereka di kediaman dan seterusnya menghantar mereka ke destinasi yang hendak ditujui. Penduduk akan dikenakan kenderaan mengikut jarak jauh .














8.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI SAUJANA IMPIAN

Hasil daripada pemerhatian saya , terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Saujana Impian . Pertama , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan . Kesesakan di jalan raya dapat dielakkan dengan penggunaan bas awam , KTM komuter dan sebagainya . Penumpang tidak perlu menggunakan kereta sendiri . Hal yang demikian dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya . Kadangkala , kesesakan dalam bas turut wujud . Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kereta api elektrik seperti KTM komuter , LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut .
Selain itu , pentingnya pengangkutan awam di Saujana Impian adalah kerana untuk mengangkut penumpang . Contohnya , mengangkut pelajar sekolah , kolej dan universiti manakala pekerja awam atau swasta dan penumpang lain . Bas Rapid KL memudahkan penduduk kerana ia pergi ke pelbagai destinasi . Dengan menaiki teksi , ia memudahkan penduduk untuk ke sesuatu destinasi.
Tambahan lagi , dengan pengangkutan awam dapat meningkatkan mobiliti penduduk . Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Ia dapat memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri dan pelajar pergi ke sekolah.
Akhir sekali , pengangkutan awam dapat menjimatkan kos . Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri . Penduduk  tidak  perlu bayar tempat letak kereta . Mereka juga tidak perlu membayar tol  dan menjimatkan perbelanjaan rumah.
Tuntasnya , saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Saujana Impian memberi banyak faedah kepada penduduk . Dengan pengangkutan awam , ia memudahkan pergerakan saya untuk ke sesuatu tempat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian saya .





8.4  MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Melalui soal-selidik yang saya jalankan ke atas 24 orang responden . Terdapat beberapa masalah pengangkutan awam telah dikenal pasti , Antaranya ialah :

JADUAL MASALAH-MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI SAUJANA IMPIAN .

MASALAH DIHADAPI
BILANGAN
PENCEMARAN UDARA
7
KESELAMATAN PENUMPANG
6
JANGKA MASA LAMA
5
TAMBANG MAHAL
3
KENDERAAN LAMA
2
JUMLAH
24
SUMBER DATA : 24 ORANG PENDUDUK SAUJANA IMPIAN

Melalaui soal selidik yang saya lakukan , masalah – masalah pengangkutan awam yang terdapat  di Saujana Impian antaranya , pencemaran udara . Pencemaran udara ini berpunca daripada Penggunaan diesel oleh bas dan lori. Ia menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.
Seterusnya , masalah keselamatan penumpang . Pemandu bas atau teksi sering memandu secara merbahaya. Kes jenayah seperti merompak juga pernah berlaku . Bukan itu sahaja , kadangkala , pemandu bas berhenti di tempat kurang selamat dan brek secare mengejut. Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu perlu diterapkan .
Selain itu , masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama . Bas Rapid KL selalunya tidak menepati masa kerana sering lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya . Perjalanan bas sekolah pula mengambil masa yang lama . Oleh itu , pemandu bas sekolah terpaksa mengambil  pelajar se awal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan .
Tambahan lagi , masalah pengangkutan awam di Saujana Impian ialah masalah tambang mahal . Contohnya , tambang bas sekolah yang mengenakan RM80 untuk seorang pelajar walaupun jarak tidak terlalu jauh . Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai , ia telah menjadi satu beban yang agak berat untuk mereka .
Akhir sekali , masalah yang dihadapi ialah , pemandu menggunakan kenderaan yang lama . Pemandu tidak mengservis kenderaan yang dugunakan. Hal yang demikian menyebabkan penumpang kurang selesa untuk menaiki kenderaan terebut .
Oleh itu , kita sebagai pengguna jalan raya di Saujana Impian , hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam disini .

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH     PENGANGKUTAN AWAM DI SAUJANA IMPIAN .






          Melalui pemerhatian saya , saya mencadangkan supaya mengutkuasakan undang – undang bagi mengurangkan masalah pengangkutan awam yang berlaku . Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut wikipidea "satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya"  .
           Seterusnya , saya mencadangkan supaya pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk  mengunakan petroleum tanpa plumbum . Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan  ke  udara  .
            Selain itu , saya juga turut mencadangkan supaya , pemandu bas atau lori  yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau lebih dikenali sebagai “ Catalytic converter “ . Dengan penggunaanya , kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya .
           Akhir sekali , cadangan yang saya boleh berikan ialah , pihak pengurusan perlu mengurangkan kos operasi . Hal yang demikian Pihak kerajaan perlu memberi subsidi  seprti minyak diesel atau alat ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam agar tambang dapat dikurangkan .
Walau apapun , saya bersyukur kerana pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar sentiasa terjamin . Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.







RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah istem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah teksi , Bas Rapid KL dan van/bas sekolah . Pengankutan awam adalah penting di Saujana Impian kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri . Kepentingan lain ialah , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Saujana Impian . Selain itu , ia juga dapat mengangkut penumpang seperti pelajar dan pekerja kilang dan dapat menjimatkan kos penduduk Saujana Impian . Walaubagaimanapun , penduduk di Saujana Impian menghadapi  beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti , jangka masa lama , tambang mahal , keselamatan penumpang dan pencemaran udara . Saya mencadangkan beberapa langkah / perkara untuk mengurangkan masala-masalah tersebut seperti , menguatkuasakan undang-undang , penggunaan petrol tanpa plumbum , mengurangkan kos operasi dan menggunakan penapis asap / catalytic converter .
Saya berharap agar pihak berwajib akan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di Saujana Impian . Saya bangga kerana pihak berwajib berusaha memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di Saujana Impian .







LAMPIRAN

1)      CONTOH PENGANGKUTAN AWAM  :
http://ts3.mm.bing.net/th?id=H.4803724296717426&pid=15.1http://mazamohd.com/wp-content/uploads/2012/12/teksi.jpg
http://ts4.mm.bing.net/th?id=H.4514690214724423&pid=15.1https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX7XKNLnwYQffy3SfPOV61SfjFX0yKak3WkJZ-FRkfAa7JcujFSIKSr_50E-g4YAmep-I3WvIFkrZ60bcha5KpJf4Bw13DtG7osRIox4xkyzCS7mhNql-PGTkhJRIFSRLcSrbPiQIwVgT8/s1600/bas+sekolah.jpg

2)      Surat kebenaran membuat kajian
3)      Borang soal selidik



RUJUKAN

LAMAN WEB :

BUKU TEKS : .
Buku teks tingkatan 2:
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku
Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Buku teks tingkatan 3:
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Ni yg bru Update


#Folio ini xkn berjaya tnpa bantuan kawan saya
Credit to: Hanis Aqilah

112 comments:

  1. terima kasih. Ia sangat membantu saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yah,tiz web is really helps me.

      Delete
    2. yes...it so help for us!!! i like to say thank you...

      Delete
    3. terima kasih kerana bg tip2 folio.:)

      Delete
  2. terima kasih
    ade muka depan x

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih,maklumat ini sedikit sebanyak telah membantu saya.

    ReplyDelete
  5. Amir Bin Hamidon , Terima Kasih nya hahaha , weyh kau kene hantar bile dowh ;)

    ReplyDelete
  6. thank you so so much dear amir hamidon. it really helps me a lot. so thankful founding your blog. xx

    ReplyDelete
  7. sama2. Terima kasih sbb rujuk blog ni :)

    ReplyDelete
  8. wa tima kasih bebanyak la bro
    senang je keje aq lpas buat rujukan kt sini

    ReplyDelete
  9. sama2 bro. thnks sbb rujuk blog ni :)

    ReplyDelete
  10. thankzz sesangat lahh..btw lampiran(contoh pengangkutan awam)tu kne letak gmbr bas semua tu ke?? -_-

    ReplyDelete
  11. sama2. ya kalau tempat kita ada pengangkutan bas

    ReplyDelete
  12. tenkz bgi rujukan ^^ amat saya hargai

    ReplyDelete
  13. Sama2. Thnks sbb rujuk sini :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih ia sgt membantu =)

    ReplyDelete
  15. sama2. thnks sbb rujuk sini yeee. gudluck exam

    ReplyDelete
  16. Sgt2 brguna..tanks amir hamidon:-) :-)

    ReplyDelete
  17. buku teks m/s yg berapa ??

    ReplyDelete
  18. Rsanya buku teks form 2. M/s kurng pasti maaf

    ReplyDelete
  19. Urmm, bley kasi contoh borang soal selidik x?? Apa perbezaan temu bual dengan soal selidik?? Dua dua tu kne buat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorrryyyy. saya dh hntar folio so x berapa igt

      Delete
  20. Thanks!!!It is very helpful and made my work easier.

    ReplyDelete
  21. thankss , ia sngt mmbantu saya.

    ReplyDelete
  22. banyak membantu :DD terima kasih :)

    ReplyDelete
  23. terima kasih en.amir hamidon:)sgt membantu saya:))

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. ya....betul............mana bahan grafik nie.........tapi terima kasih banyak2x yer.....

      Delete
  25. thanks bro, moga kau dapat pahala kerana membantu orang ramai :) Jazakumullah Khairan Khatira :)

    ReplyDelete
  26. weiii bahan grafik takde ke D:

    ReplyDelete
  27. senang kerja ......ahahhahaha

    ReplyDelete
  28. TERIMA KASIH BANYAK2X.........

    ReplyDelete
  29. Terima Kasih bro ! banyak membantu ni.Aq sorang je x antar lagi...kekeke...

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. omoooo~!! Sangat membantu !! kamsahamida !!

    ReplyDelete
  32. ade borang soal selidik tak ? about menjahit baju ?

    ReplyDelete
  33. thx a lot~
    it will hel me a lot=)

    ReplyDelete
  34. wahh, saujana impian?? hahaha..btw, terima kasih ats info ;)

    ReplyDelete
  35. Thanks :D Penat je aku tulis mcm mesin torpedo tdi adoii rupanya dh siap

    ReplyDelete
  36. Bagus jugak..... THANKSSSSS.......

    ReplyDelete
  37. t.kasih ats maklumat~mohon copy siket~ :p

    ReplyDelete
  38. thanks utk info..nice blog..

    ReplyDelete
  39. Terima Kasih sebab membantu ok :)

    ReplyDelete
  40. Thanks.
    Borang soal selidik xda ke?

    ReplyDelete
  41. syukran jazillan, thankyou, terima kasih .... banyak juga maklumat boleh dapat dari sini , harap dibenarkan dar tuan punya blog untuk di ambil isi2 disini

    ReplyDelete
  42. thanks! saya puas tiru !!!!!!!!!!!! bye!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. haha tuan punya blog ni pn tiru gak

      Delete
  43. Nak tiru boleh tetapi bagi semua link yg dirujuk bukan 1 shj, ok? Diharap jgn delete komen cikgu ni. :)

    ReplyDelete
  44. ya,really helpful

    ReplyDelete
  45. wow, sangat membantu terima kasih. Mintak izin untuk tiru buat folio pbs

    ReplyDelete
  46. kenapa pula student pbs 2014 sek sains di jitra mesti menulis utk siapkan kajian kes geografi & sejarah? tak dibenarkan guna komputer.

    ReplyDelete
  47. emng sangat3 mmbantu .. wat last min so tiru je la yg da siap ni .. tibai je la ape yg ad .. hehe
    tq2

    ReplyDelete
  48. THANKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

    ReplyDelete
  49. terima kasih ...saya sangat gembira.

    ReplyDelete
  50. Rujukan lama,,tap baek utk aku..Thanks sis!..

    ReplyDelete
  51. thanks for the wonderful tips.its really helpful . plese give more tips fo other folio.your website is helpful.

    ReplyDelete